Wednesday, June 10, 2009

Antara Hidup Dengan Mati


HAHA ;D Malam tu i tengah enak diulik permainan game lah en, game – Supercow, I cakap sama kauorang, game tu memang best lah, HAHA I nak taknak terpaksa menjadi seekor ‘lembu’ – yellaaa, dah tajuk pun Supercow, lembu betina pulakk tu, HAHA ;D time tu en, I dah sampai level or stage 9, stage last yang membuatkan I tido tk lena, makan tk kenyang, mandi tk berapa nak basah sebab asyik ingatkan game tu, haihhhh hidup tk menentu babes, ;D whoaaa, so bila nak sambung main game tu, muncul satu suara yang agak merdu tapi tk lah semerdu suara Siti Nurhaliza or beyonce, ;) “Skrang dah pukul berapa Doyahhh? Tak reti-reti nak mandi kee? Cepat pergi mandi.” Alamak itu suara mama I lahh, ;)) actually bukan tk pernah I cuba mengelak permintaan mama I tu , tapi everytime I cuba mengelak je en, mama I akan mengeluarkan suara singa beliau, HAHA “DOYAHHHHH, MANDIIIIIIIIIIIIIIIII !!!!!” whoppsss, masalahnya di sini, bukan I takot dengan mama I, tapi mama I yang tk takot dengan I, HAHA ;DD


Jadi dengan perasaan yang berat seberat beratnya bercampur dengan perasaan hampa yang hampaaa sehampanya, dan apabila kedua-dua perasaan bercampur gaul, timbul lahh perasaan sayu yang teramat sangat, haihhhh, sedihh gilaaa terpaksa meninggalkan Supercow I tu, )’: I pun bergerak menuju ke bilik mandi, serentak dengan itu, papa I memberitahu mama I, saudara dari N.sembilan nak datang berkunjung ke rumahh, seraya dengan itu, I menjerit kesukaan, HAHA bukan kerana saudara I nak datang tapi disebabkan I dapat menyambung semula permainan game I tu, HAHA walawehhh indahnya hidup ini, ;DD Maka serentak dengan itu jugak, kedengaran kembali suara yang merdu tapi tk semerdu Beyonce atau Siti Nurhaliza itu, “Jangan mengada Doyahhh, pergi mandi SEKARANG.” Lalu jeritan jeritan I tadi tu, telah terbantut secara tiba-tiba. “Ohhh tidakkkk” – berkata dalam hati. Terpaksa la I mandi, haihhhhh, potong line betul.


Actually en, I ni nampak je suka bercakap banyak, yesss, bercakap banyak dengan kawan-kawan jee, bukan dengan kaum kerabat, HAHA so bila saudara dari N.Sembilan tu nak datang, terdetik dalam hati kecil I ni, “alaaa saudara nak datang lahhh, ni yang problemo ni, haihhhhh, kena bersiap cantik-cantik, lawa-lawa, then buat muka semanis mungkin lahhh, haihhhh”. Jadi tetibe jee dalam kepala otak I ni, I telah mendapat idea yang agak bernas dan logic dari segi akal fikiran seorang manusia. HAHA “PURA-PURA TIDO” – itu lahh plan I untuk malam tu. ;DDD


Jadi dengan sepantas kilat I, konon-konon seperti seekor supercow menyelamatkan konco-konconyaa, I pergi mandi cepat-cepat. Tak sampai 10minit, I dah keluar dari bilik mandi. “aik, cepat pulakk mandi anak dara ni, kalau tk 30minit paling kejap.” – Papa I berkata. HAHA “ohh, malam ni en saudara kita nak datang, so kena la bersiap cepat-cepat” sambil tersenyum manis, I berlalu menuju ke bilik. HAHA gilaaaaa ayat, macam la I nak tunggu saudara I datang, HAHA ;DD then I bersiap-siap dengan perasaan senang hati tapi tk lahh berapa senang sangat sebab I taw, malam ni mesti tk dapat sambung game I tu, grrrr ;s I punya tunggu dan tunggu akan kemunculan saudara I di rumahh, tapi tk jugak datang-datang, haihhh lambat jeee, takkan la nak carik rumah ni pun tk jumpa kott, takkan traffic jam kott, ke sesat diaorang ni, hmm. Kalau sesat pun bagus jugakk, HAHA ;DD


err time I tengah berfikir tu, tetibe jee kedengaran bunyi kenderaan – enjin kereta berhenti di sebelah rumah I, eh eh, bunyi apa tu, diaorang dah sampai lahh – kedengaran suara si anak kecil yang memanggil ahli-ahli rumah ni keluar dan menjemput kehadiran diaorang, HAHA “jadi inilahh masa yang sesuai untuk I ‘tido’.” Oleh kerana terlalu bahagia dengan plan I tu, I pun tanpa memikirkan risiko yang bakal menimpa I, I melompat laju ke atas katil I, HAHA “GEDEBUK” – kepala I terhantuk kepala katil, aisehmennn, sakit gilaaaaa.


Then tapak kaki pulakk kedengaran dan semakin lama semakin hampir dengan pintu bilik I, jadi sakit tk sakit, I pun mula menunjukkan bakat terpendam I dalam bidang lakonan, HAHA “zzzzzzzz”. Pintu dikopak dari luar, dan kelihatan kelibat seorang wanita. Errr siapakah itu? “Ya Allah, budak ni, orang dah datang, dia boleh pergi tido pulakk, haihhhh.” – luahan hati mama I, HAHA oleh kerana mama I kasihankan anaknya ini, jadi dia telah menutup pintu semula dan berlalu pergi menuju ke sekelompok manusia-manusia itu. DAN I pulakkk, “YESSSSSSSSSSSSSSS, Berjaya jugak akhirnyaaa.” HAHA ;DD Jadi terfikir jugakk, daripada I pura-pura tido, better I tido terus. HAHA ;D So, I pun kembali menyambung plan I tu.
Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Selamat malam Malaysia. HAHA ;DDD


Tuesday, June 09, 2009

March, 08, 1990 - Lokasi = tk pasti, Jam = tk pasti. ;)



March, 08, 1990 - Tarikh keramat, ;DD


Seorang bayi perempuan yang agak comell lahir ke muka bumi ini. *gilaaa perasan, HAHA.


Apa-apa pun, Thank you mama, sebab tanpa mama, memang makhluk ciptaan Allah yang bernama Nor Adila tkkan wujud kat muka bumi ni dan tk dapat lah makhluk ni menyusahkan hidup mak bapak dia, HAHA ;DD


Start dengan nama dulu okayy, ;) Nama penuh Adila, tapi sebab nak glamour sangat la en, so member-member panggil Doyah Clifford, HAHA ;D sangat creative kawan-kawan i ni, so nama macam panjang sangat, jadi i ringkaskan jadi D Clifford la senang, ;D sekali pandang nama i ni, macam minah salleh, tapi tengok rupa, "walawehhh, hitam gilaaa budak ni" HAHA, tak apa lahh, asalkan nama nampak glamour punn jadi lahh, AHHA ;)


Umur? ohh, kadang-kadang tu nak jee i bagitau umur i ni, 9 tahun, HAHA tapi dah taraf boleh jadi mak budak la kott, so terpaksa la cakap yang i ni 19 tahun sahaja. ;D haihhhh rindu gilaaaa time kecik-kecik dulu, main masak-masak dengan teman sepermainan (skrang ni i punn tktaw ke mana menghilang kesemua makhluk-makhluk itu), lepas tu, makan keropok sampai comot-comot, mama tolong lapkan, whoa, gilaaa rinduuu, HAHA boleh tk kalau nak jadi budak kecik semula? boleh la boleh lah. HAHA ;)

SEKIAN TERIMA KASIH. ;D